MPPK seru mahasiswa doakan rakyat Palestin

MPPK seru mahasiswa doakan rakyat Palestin

PENDUDUK Palestin berjalan melalui runtuhan bangunan yang musnah akibat serangan udara Israel di daerah al-Rimah, Gaza City. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) menyeru seluruh mahasiswa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin.

Setiausaha Kerjanya, Nik Ahmad Nuri Nik Ismail berkata, pihaknya mengikuti rapat dan memandang serius terhadap isu peperangan yang sedang berlaku antara Palestin dan Israel bermula empat hari yang lepas.

“Sokongan dan perhatian mahasiswa di Malaysia terhadap isu Palestin tidak pernah berhenti selagi hak sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat diberikan secara adil. 

“Peperangan dan penganiayaan yang berlarutan selama 75 tahun terhadap rakyat Palestin ini wajar dihentikan dan diberikan kebebasan sepenuhnya.

“MPPK menyatakan pendirian untuk bersolidariti bagi menyokong penuh aspirasi dan perjuangan rakyat Palestin serta mengecam perbuatan kejam rejim Israel yang jelas perlu ditolak dan disanggah dengan tegas,” katanya dalam kenyataan.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 1,203 rakyat Palestin terkorban dengan 5,763 lagi cedera sejak serangan balas Israel ke atas Semenanjung Gaza. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya