Mohammed tidak sempat hantar pembetulan Viva

Mangsa serangan Israel tidak sempat hantar pembetulan Viva

MOHAMMED J. H Alzaanin bersama isteri dan empat anaknya yang turut terkorban dalam serangan bom rejim Zionis di Gaza, Palestin, kelmarin. Seorang lagi anaknya dilaporkan terselamat.-IHSAN USIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Mangsa korban serangan bom rejim Zionis di Gaza yang juga calon ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Allahyarham Mohammed J. H. Alzaanin tidak sempat menghantar pembetulan bagi pembentangan tesis (Viva) kepada pensyarah penyelianya.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Kepimpinan USIM, Dr. Ibrahim Fahad Sulaiman yang juga penyelia PhD berkata, dia sudah mengenali Allahyarham sejak empat tahun lalu dan menyifatkan Mohammed sebagai seorang pelajar yang merendah diri namun mempunyai semangat yang tinggi.

“Pada 3 Julai lalu, arwah (Mohammed) selesai menjalani program susulan selepas tesis iaitu Viva dan dia menangis kegembiraan kerana akhirnya dia dapat menyelesaikan Viva. Bagaimanapun, dia tidak sempat menghantar pembetulan (viva) pada saya. 

“Pada 10 September lalu, dia sempat menghantar gambar swafoto ketika dia dalam penerbangan pulang ke Palestin. Itu kali terakhir kami berhubung dan saya amat terkejut dengan berita pemergian beliau dan keluarga,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Pusat Komunikasi Strategik USIM dalam kenyataan memaklumkan,  dua pelajar pascasiswazah universiti itu yang juga pasangan suami isteri adalah antara mangsa yang terkorban dalam serangan bom rejim Zionis di Gaza, Palestin, kelmarin

Kedua-dua mereka ialah calon PhD Pengurusan Sumber Manusia, Mohammed J. H. Alzaanin dan isterinya, Kholoud M. H. Elzaneen yang merupakan pelajar Program Sarjana Sains (Mod Penyelidikan), Fakulti Sains dan Teknologi, USIM.

Mereka terkorban dalam serangan bom yang berlaku di perkampungan mereka di Bait Hanon kira-kira pukul 8 pagi, Ahad. Turut terkorban, empat anak mereka manakala seorang anak lagi anak mereka dilaporkan terselamat.

“Perkara ini disahkan oleh Presiden Kesatuan Umum Pelajar Palestin di Malaysia, Ammar H. M. Mahariq. Turut terkorban ialah empat orang anak mangsa, hanya seorang anak mangsa dilaporkan terselamat. 

“Menurut Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia, Badereddin Seyam, turut terkorban ialah 20 orang ahli keluarga mangsa dalam serangan bom oleh rejim Zionis di Gaza itu,” kata kenyataan itu lagi.

Mohammed J. H. Alzaanin difahamkan baru sahaja selesai menjalani sesi viva-voce di USIM pada Julai lalu manakala isterinya dijadualkan menduduki ujian viva-voce pada 23 Oktober ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya