Moga Belanjawan 2024 bawa ekonomi Malaysia ke tahap lebih baik

Moga Belanjawan 2024 bawa ekonomi Malaysia ke tahap lebih baik – Anwar

ANWAR Ibrahim memasukkan dokumen ucapan Belanjawan 2024 Malaysia Madani semasa melakukan tinjauan di Kementerian Kewangan hari ini. Turut sama Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, Steven Sim Chee Keong dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. - FOTO JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia Madani diharapkan dapat membawa ekonomi negara ke tahap lebih baik khususnya dalam menghadapi cabaran global masa kini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, belanjawan itu juga diyakini mampu menyokong agenda pembangunan dan kebajikan negara ini.

“Saya akan membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada 4.00 petang ini.

“Moga intipati pembentangan ini dapat membimbing ekonomi kita ke tahap lebih baik dalam berdepan tentangan global masa kini selain menyokong agenda pembangunan dan kebajikan negara, Insya-Allah,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dijangka membentangkan belanjawan buat kali kedua selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November 2022.

Ekoran krisis bekalan beras yang melanda dunia, Belanjawan 2024 dijangka memfokuskan soal sara hidup, agihan subsidi bersasar dan pembangunan jaringan sosial yang merangkumi soal kesihatan dan pendidikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya