Mitra peruntuk RM10.8 juta bantu 167 tadika

Mitra peruntuk RM10.8 juta bantu 167 tadika

R. RAMANAN  melawat Tadika Cinta Ilmu Bakti di Damansara Damai, Selangor bagi meninjau pelaksanaan Program Subsidi Pendidikan Awal Tadika Swasta hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Unit Transformasi Masyarakat India (Mitra) memperuntukkan RM10.8 juta kepada 167 buah tadika seluruh negara dalam Program Subsidi Pendidikan Awal Tadika Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) melibatkan anak-anak daripada golongan B40.

Peruntukan itu melibatkan yuran bulanan dan sarapan pagi bagi kanak-kanak daripada golongan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Mitra, Datuk R. Ramanan melakukan lawatan secara santai ke Tadika Cinta Ilmu Bakti bertempat di Block C, Apartment Harmoni, Damansara Damai untuk meninjau pelaksanaan program berkenaan.

Subsidi bernilai RM200 sebulan itu merangkumi yuran tadika dan sarapan pagi untuk 4,441 kanak-kanak melibatkan 167 buah tadika seluruh negara.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata, program tersebut adalah satu daripada 12 inisiatif khas yang dirancang Mitra sepanjang tahun ini.

“Melalui program subsidi ini, setiap kanak-kanak daripada kumpulan B40 akan menerima bantuan subsidi yuran bulanan sebanyak RM150 dan subsidi sarapan RM50. Mitra juga telah melakukan proses saringan berdasarkan panduan tertentu bagi memastikan kanak-kanak kumpulan B40 mendapat bantuan subsidi ini. 

“Mitra juga akan memastikan proses pemberian subsidi dilakukan dengan terurus dan terancang. Tindakan pemantauan akan dilaksanakan dari masa ke semasa. Senarai penerima bantuan geran tadika ini akan dipaparkan di laman rasmi Mitra,” katanya menerusi dalam Facebook rasmi Mitra hari ini.

Yang hadir sama  Pengerusi Tadika Cinta Ilmu Bakti, Balakrishnan Kuppusamy dan guru-guru di institusi tersebut.

Melalui program subsidi itu, Tadika Cinta Ilmu Bakti  menerima jumlah geran sebanyak RM72,000 untuk tempoh setahun melibatkan 30 kanak-kanak.

Ramanan turut  beramah mesra dengan murid di tadika tersebut dan meluangkan masa bersarapan.

Beliau berkata, hatinya tersentuh mendengar luahan yang dibisikkan oleh murid di tadika tersebut yang berusia antara empat hingga enam tahun.

“Mereka adalah generasi masa depan negara kita. Saya akan memastikan segala bantuan disalurkan sepertimana yang dirancang. Mitra juga memiliki pasukan petugas yang terbaik untuk memantau proses tersebut. 

“Apa yang penting, kita mesti bantu mereka. Inilah misi dan matlamat Mitra. Proses pemerkasaan bermula dari aspek pendidikan. 

“Justeru, Mitra akan memberikan lebih banyak tumpuan kepada sektor pendidikan bermula dari pra sekolah. Bantuan komputer riba untuk sekolah Tamil seluruh negara dan subsidi bantuan pengajian Ijazah Sarjana Muda bagi pelajar B40 di universiti awam dan swasta,” katanya. – utus

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN