MITRA komited belanja RM100 secara efektif, integriti

Belanjawan 2024: MITRA komited belanja RM100 juta secara efektif, integriti

R. RAMANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peruntukan dana RM100 juta kepada Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) akan dibelanjakan secara efektif dan berintegriti melalui pelbagai inisiatif strategik yang akan memberi keutamaan kepada golongan B40 dan M40.

Pengerusi MITRA, Datuk R. Ramanan berkata, beliau akan menggalas tanggungjawab besar dalam memastikan peruntukan dana itu dalam Belanjawan 2024 dapat memberi impak optimum kepada pembangunan sosio ekonomi masyarakat India di Malaysia.

“Belanjawan Madani juga telah memperuntukan dana RM100 juta ringgit untuk MITRA bagi program pembangunan sosioekonomi masyarakat India.

“Selain itu Kerajaan juga telah menyediakan dana keusahawanan serta pendidikan (penyelenggaran bangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) untuk pembangunan sosioekonomi masyarakat India. Selain itu ruang untuk masyarakat India menikmati pembangunan ekonomi telah tersedia di semua kementerian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ramanan merangkap Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata, pihaknya mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2024 apabila memperuntukan RM393.8 bilion ringgit sekali gus menjadi belanjawan tertinggi pernah dibentangkan setakat ini.

Katanya, Belanjawan 2024 Malaysia Madani membuktikan kesungguhan Kerajaan Perpaduan dalam mengangkat martabat ekonomi negara dan rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya