Miskin punca lelaki tunggang motosikal tanpa lesen selama

Miskin punca lelaki tunggang motosikal tanpa lesen selama 20 tahun

MOHD Misuari Abdullah (dua dari kiri) menyampaikan lesen kepada Zulkifli Ismail pada Majlis Penyerahan Lesen Memandu Percubaan (PDL) Peserta MyLesen B2 di Akademi Memandu Nasrom, Kota Bharu, Kelantan. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kemiskinan hidup memaksa seorang lelaki menunggang motosikal selama 20 tahun tanpa lesen selepas tidak mampu membayar kos bagi memperoleh lesen berkenaan.

Bagaimanapun, impian Zulkifli Ismail, 53, menjadi kenyataan apabila dia akhirnya menerima Lesen Memandu Percubaan (PDL) menerusi program MyLesen B2 hari ini.

Zulkifli dari Kampung Pantai Dasar, Sabak di sini mengakui gembira kerana menjadi salah seorang peserta di bawah program ini.

“Sejujurnya, saya tidak mampu membiayai kos untuk mendapatkan lesen B2 bagi menunggang motosikal. 

“Hal ini kerana pendapatan ssebagai tukang rumah hanya cukup untuk membesarkan lima orang anak yang masih bersekolah, namun, saya amat gembira apabila terpilih untuk program ini,” katanya kepada pemberita pada Majlis PDL Peserta MyLesen B2 di Akademi Memandu Nasrom di sini hari ini.

Zulkifli memberitahu, sebelum ini dia hanya menunggang motosikal di kawasan kampung kerana bimbang disaman pihak berkuasa.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  Kelantan, Mohd. Misuari Abdullah berkata, seramai 900 peserta di negeri ini yang dipilih untuk menerima manfaat menerusi Program MyLesen B2 tahun ini.

Katanya, meskipun program ini mendapat bantuan sepenuhnya daripada kerajaan, namun, setiap peserta tetap perlu melalui proses ujian seperti biasa untuk mendapatkan lesen memandu.

“Kesemua 900 peserta ini adalah terdiri daripada mereka yang tersenarai dalam e-kasih iaitu di Pasir Mas seramai 150 peserta, Bachok (210) Rantau Panjang (104), Kota Bharu (298), Machang (50), Jeli (39) dan Gua Musang (44).

“Program ini mendapat kerjasama daripada lapan buah akademi memandu dan kesemua peserta ini akan menerima PDL masing-masing sebelum hujung Oktober ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya