Minggu Solidariti Palestin perlu disokong

Ketengah nilai kemanusiaan sejagat, Minggu Solidariti Palestin perlu disokong – MBM

MOHD. FAUZI FADZIL 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Minggu Solidariti Palestin peringkat sekolah yang dianjurkan bermula Ahad lalu hingga 3 November ini tidak bermaksud mengheret pelajar ke arah konflik keganasan.

Exco Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd. Fauzi Fadzil berkata, program tersebut bertujuan menyokong solidariti terhadap perjuangan dan kesengsaraan rakyat Palestin yang mengetengahkan isu serta nilai kemanusiaan sejagat.

Katanya, perbuatan segelintir pihak pentadbiran sekolah yang menganjurkan program solidariti tidak mengikut waktu dan garis panduan ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM) tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada menteri berkaitan.

“KPM telah mewujudkan garis panduan program Minggu Solidariti Palestin secara terperinci menerusi pekeliling bertarikh 21 Oktober 2023 yang tidak membenarkan membakar atau memijak bendera serta tidak dibenarkan membawa logo militan atau keganasan di sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, sebuah sekolah dilapor menganjurkan program solidariti untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin di luar waktu dan garis panduan yang ditetapkan oleh KPM.

Mohd. Fauzi berkata, seharusnya rakyat Malaysia menyokong usaha KPM yang mahu mewujudkan advokasi melalui program Minggu Solidariti Palestin supaya maklumat yang diterima pelajar tidak diselitkan dengan usur militan atau subversif di luar pagar sekolah. 

“Kita harus meyakini bahawa KPM sama sekali tidak bermaksud mengheret pelajar ke arah konflik keganasan tetapi mahu memberi kesedaran kepada mereka,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN