Minggu Solidariti Palestin: Didik pelajar nilai kemanusiaan

Minggu Solidariti Palestin: Didik pelajar nilai kemanusiaan

PARA pelajar berhimpun pada Minggu Solidariti Palestin di SK 2 Taman Keramat, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebagai menyokong program Minggu Solidariti Palestin, Sekolah Kebangsaan (SK) 2 Taman Keramat menganjurkan pelbagai aktiviti bagi memupuk kesedaran kepada warga sekolah berhubung nilai kemanusiaan sejagat.

Menurut Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah berkenaan, Mohd. Zawawi Seman, para pelajar dan warga sekolah turut diterapkan sifat kesyukuran dan menghargai nikmat keamanan dan kedamaian yang dikecapi rakyat pelbagai kaum di negara ini.

“Para pelajar dilatih untuk menghargai dan bersyukur nikmat keamanan negara dan menginsafi penderitaan yang dilalui warga Palestin.

“Pada masa sama, pihak sekolah menubuhkan Tabung Palestin bagi menyokong inisiatif bantuan Kerajaan Malaysia yang menyasarkan kutipan sumbangan sebanyak RM100 juta kepada rakyat Palestin,” katanya hari ini.

PARA guru dan pelajar berhimpun pada Minggu Solidariti Palestin di SK 2 Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Kira-kira 605 murid berhimpun pada majlis pelancaran Minggu Solidariti Palestin di sekolah berkenaan dengan pelbagai aktiviti disediakan antaranya pertandingan deklamasi sajak, pertandingan lagu-lagu kemanusiaan dan pertandingan melukis poster.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggalakkan penganjuran Minggu Solidariti Palestin di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya bermula semalam hingga 3 November depan sebagai platform mendidik murid tentang nilai-nilai murni, toleransi, kasih sayang dan saling menghormati.

Ia bertujuan mendidik murid nilai-nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi kemanusiaan, keamanan dan kedamaian sejagat dengan mengikuti panduan penganjuran yang ditetapkan KPM. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya