Minggu Solidariti Palestin di semua institusi KPM bermula

Minggu Solidariti Palestin di semua institusi KPM bermula 29 Oktober

LEBIH 16,000 rakyat Malaysia hadir bagi menyatakan sokongan ke atas perjuangan rakyat Palestin dan bantahan ke atas kekejaman rejim Zionis Israel di Stadium Axiata Bukit Jalil, kelmarin. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan menganjurkan  Minggu Solidariti Palestin bermula pada 29 Oktober hingga 3 November ini sebagai satu bentuk solidariti terhadap nilai kemanusiaan yang mementingkan kedamaian dan keamanan sejagat.

Kata kementerian itu dalam kenyataan, program itu akan melibatkan semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan iaitu sekolah, Kolej Vokasional, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru seluruh negara yang bertujuan mendidik murid-murid nilai manusiawi yang turut merangkumi asasi manusia dan sifat ihsan. 

Jelas kenyataan itu, ini termasuk sikap simpati dan keprihatinan terhadap penderitaan yang dialami individu lain tanpa mengira bangsa, agama atau status sosial.

“Minggu Solidariti Palestin adalah kesinambungan penerapan nilai-nilai murni yang berteraskan sikap hormat-menghormati, kasih sayang, bertanggungjawab dan kegembiraan seperti yang terkandung dalam pendidikan sivik di sekolah. 

“Selain itu, menerusi penganjuran program ini murid-murid turut diberi pendedahan kepada Elemen Merentas Kurikulum (EMK) khususnya yang berkaitan dengan kelestarian global,” kata kenyataan itu hari ini.

Kata KPM lagi, pelbagai aktiviti akan dilaksanakan sepanjang program ini dan akan disesuaikan berdasarkan kepada garis panduan sedia ada, sekolah dan kumpulan murid terlibat manakala aktiviti kerohanian seperti solat hajat dan bermunajat hanya akan melibatkan murid-murid beragama Islam sahaja.

“Kementerian sentiasa berusaha memupuk nilai kemanusiaan dan mencintai keamanan sejagat dalam kalangan murid-murid agar sentiasa cakna dan responsif terhadap isu semasa,” katanya.

Terdahulu, KPM memaklumkan pihaknya menyahut pendirian kerajaan Malaysia untuk terus bersama-sama mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestin. 

“Sokongan ini adalah satu bentuk solidariti terhadap nilai kemanusiaan yang mementingkan kedamaian dan keamanan sejagat,” katanya.

Dalam masa sama katanya, kemajuan teknologi media dan komunikasi pada hari ini menyebabkan murid-murid terdedah kepada pelbagai jenis kandungan termasuk yang berkaitan dengan konflik antarabangsa dan krisis kemanusiaan. 

“Pelaksanaan intervensi diperlukan untuk memberi pencerahan kepada murid-murid berkenaan perkara ini,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya