Minat lagu tradisional Melayu, tetapi belum jumpa lagu - Suki Low - Utusan Malaysia

Minat lagu tradisional Melayu, tetapi belum jumpa lagu – Suki Low

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyanyi, Suki Low meluahkan keinginan untuk melancarkan sebuah single tradisional atau pop etnik Melayu namun masih belum menemukan material yang benar-benar menambat hatinya.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, kongsi Suki, dia masih lagi menerima komen dan permintaan peminat untuk menyanyikan lebih banyak lagu tradisional selepas persembahan Badarsila di pentas Gegar Vaganza 8 dua tahun lalu.

“Sehingga kini, ramai yang mengakui masih menonton video tersebut dan ada komen mengharapkan single atau lagu tradisional lain yang akan saya nyanyikan.

“Tetapi itulah, belum jumpa lagu tradisional atau pop etnik yang sesuai. Lagu yang betul-betul ada rasa seperti lagu-lagu terdahulu. Tetapi memang ada perancangan itu, beri saya masa.

“Saya memang minat lagu-lagu tradisional. Sebab itu saya masuk kelas vokal, belajar berulang-ulang kali untuk pastikan saya dapat lenggok yang sesuai. Susah tetapi saya suka, “ katanya.

Tersingkir di minggu kedua All Stars Gegar Vaganza (ASGV) minggu lalu, Suki berkata, dia sepatutnya membawakan lagu Dikir Puteri nyanyian asal Noraniza Idris berdasarkan tema minggu ketiga.

“Bila saya nyanyi Badarsila, itu umpama membuka pintu untuk peminat tahu saya boleh menyanyikan lagu tradisional Melayu walaupun saya kaum Cina. Sepatutnya minggu ini saya berdikir pula.

“Tetapi bukan rezeki saya untuk terus bertanding dalam ASGV. Rasa bersalah juga kepada peminat dan mereka yang menyokong, tetapi saya sudah beri yang terbaik. Bukan rezeki saya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya