Millefleur lantik Wanna Ali jadi duta

Millefleur lantik Wanna Ali jadi duta

WANNA Ali menunjukkan salah satu produk kecantikan Millefleur ketika hadir pada majlis pelancaran Millefleur di Royal Chulan Damansara, Kuala Lumpur. - UTUSAN/AMIN AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Wanna Ali dilantik sebagai duta kecantikan buat kali pertama bagi rangkaian produk penjagaan kulit tempatan.

Pengarah Urusan Millefleur, Wan Mohamad Azrihaikal Wan Hassan berkata, pemilihan selebriti berusia 25 tahun itu dibuat selepas mengambil kira semua faktor termasuk keserasian dan  kerjasama baik antara kedua-dua pihak.

Menurut beliau, pihaknya juga yakin Wanna adalah pilihan yang tepat untuk memperkenalkan produk Millefleur secara lebih meluas dalam semua platform media.

“Kami juga sangat kagum dengan disiplin Wanna yang konsisten menggunakan produk ini sebelum dia dipilih sebagai duta. Kami mahukan seseorang yang mampu mewakili syarikat untuk memberi keyakinan kepada bakal pengguna.

“Selari dengan kempen #WakingUpToHealthySkin, Millefleur turut menghasilkan tiga versi iklan video muzik,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Mula bertapak dalam industri seni sebagai penyanyi, Wanna memilih genre pilihannya iaitu R&B dan jazz namun ia sukar mendapat tempat dalam kalangan peminat.

Bagaimana Wanna atau nama sebenarnya Nor Syazwana Mohd. Ali yang pernah popular dengan lagu Lepaskan kini lebih selesa memilih untuk aktif di bidang lakonan ketika ini di mana ia adalah jalan terbaik untuk kerjaya seninya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya