Menangis sukar istiqamah, suami alasan Julia Farhana kekal bertudung - Utusan Malaysia

Menangis sukar istiqamah, suami alasan Julia Farhana kekal bertudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Julia Farhana, mengakui bukan mudah untuk kekal istiqamah apalagi buat mereka yang baru berjinak-jinak mengenakan hijab.

Juliana Farhana Marin, 28, menjelaskan, berhijab bukan hanya tentang memakai tudung semata-mata, tetapi harus mengubah seluruh gaya hidup yang patuh kepada syariah.

“Pertama kali bertudung adalah ketika Ramadan, waktu itu iman di fasa yang sedang kuat. Namun bila habis Ramadan, tidak tahu mengapa tiba-tiba ia menjadi sangat sukar.

“Bila bertudung, ia bukan hanya tentang ubah cara pakai baju. Tapi harus ubah seluruh gaya hidup seperti jaga solat, jaga cara percakapan dan pergaulan.

“Percayalah, ia sangat sukar,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Pelakon berdarah campuran Melayu-Itali itu mengakui, jika bukan sebab sokongan suami, Dr Mohammad Che Hafiz Che Ibrahim, perjalanannya untuk terus berhijab pasti menjadi lebih mencabar.

“Kadang saya menangis depan suami saya sebab sukarnya untuk kekal istiqamah bertudung.

“Kalau tiada suami saya, saya tidak tahu apa akan jadi dengan saya sebab dia yang akan ingatkan saya tentang nikmat hasil daripada setiap kesabaran.

“Dia juga pesan, saya sudah berjalan sejauh ini, oleh itu jangan patah balik. Dia akan ajak berzikir dan baca al-Quran bersama,” tambahnya.

Pelakon itu turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah menghakimi perjalanan hijrah seseorang artis.

“Kita jangan sesekali cuba menghakimi perjalanan hidup seseorang. Lebih baik kita amalkan untuk mendoakan yang baik-baik kepada sesiapa sahaja yang sedang berusaha menjadi lebih baik.

“Hanya kerana dia seorang selebriti dan menjadi pusat perhatian, tidak semestinya dia perlu tampil sempurna sentiasa.

“Ujian ini dilakui banyak orang, tidak hanya selebriti,” katanya.

Sebelum ini, pada Mac, Julia mengesahkan sudah berhijab dan mula memadam gambar-gambar lama yang tidak bertudung di Instagram.

Untuk rekod, Julia dan Dr. Che Hafiz mengumumkan pernikahan mereka pada 14 Disember tahun lalu iaitu selepas dua minggu mereka disatukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya