Melaka mahu lebih ramai atlet wakili Malaysia

Melaka mahu lebih ramai atlet wakili Malaysia

AB. Rauf Yusoh (kanan) pada sambutan Hari Sukan Negara (HSN) peringkat Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri ingin melihat lebih ramat atlet kelahiran negeri ini mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, kejayaan tiga daripada 13 atlet negeri itu menyumbang pingat buat kontinjen negara pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 berakhir minggu lalu membuktikan keupayaan sebenar atlet kelahiran negeri itu.

Katanya, tiga atlet yang mengharumkan nama negeri itu ialah Tan Cheong Min yang meraih pingat perak dalam acara wushu, Aaron Chia meraih gangsa dalam acara beregu lelaki berpasangan dengan Soh Wooi Yik dan Juwaidi Mazuki mendapat gangsa dalam acara memanah.

“Sekalung tahniah kepada semua atlet Melaka yang mewakili Malaysia ke Sukan Asia Hangzhou. Saya harap lebih ramai lagi atlet Melaka bakal mewakili negara ke sukan peringkat antarabangsa pada masa akan datang.

“Saya percaya pembangunan sukan di negeri ini dapat meneruskan legasi sukan sebagai alat perpaduan malah mampu melahirkan lebih ramai atlet berkelas dunia dalam pelbagai cabang sukan,” katanya berucap merasmikan Sukan Melaka 2023 merebut Piala Ketua Menteri sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) peringkat negeri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Ab. Rauf berkata, seramai 13,338 atlet daripada 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) akan menyertai Sukan Melaka merebut Piala Ketua Menteri sempena sambutan HSN bermula hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya