Melaka catat IPU tidak sihat

Melaka catat IPU tidak sihat

PEMANDANGAN sekitar Bandaraya Melaka yang terjejas akibat jerebu. -UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesemua tiga stesen udara di Melaka mencatatkan indeks pencemaran udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 1 petang tadi. 

Tiga stesen itu melibatkan kawasan Alor Gajah, Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka. 

Bukit Rambai merekodkan bacaan IPU tidak sihat tertinggi iaitu 153; Bandaraya Melaka (151) dan Alor Gajah (104). 

Sementara itu, Port Dickson di Negeri Sembilan serta Batu Pahat dan Tangkak di Johor antara kawasan lain yang merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat. 

Bacaan IPU di Port Dickson direkodkan pada 140, manakala Batu Pahat dan Tangkak masing-masing adalah 117 dan 119. 

Dalam pada itu, kebanyakan kawasan lain di negara ini merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana dan baik. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya