Melaka capai sasaran kuota GPPK RM1 juta

Melaka capai sasaran kuota GPPK RM1 juta

VP. Shanmugam menyampaikan replika cek RM10,000 kepada wakil Persatuan Penduduk Taman Alai Perdana Fasa 2 di Kompleks KDN, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Melaka berjaya mencapai sasaran RM1 juta kuota diperuntukkan menerusi Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) apabila Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) negeri meluluskan permohonan 107 persatuan penduduk sehingga hujung bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP. Shanmugam berkata, sehingga 27 Oktober lalu, RoS menerima 128 permohonan GPPK dan telah meluluskan 107 daripadanya, melebihi kuota ditetapkan iaitu pemberian RM10,000 kepada 100 persatuan penduduk.

“Sebanyak 13 permohonan dikuiri dan lapan permohonan telah ditolak kerana permohonan itu tidak memenuhi matlamat pemberian GPPK yang ditetapkan.

“Sebanyak 107 permohonan GPPK yang telah diluluskan, 59 adalah persatuan penduduk dalam daerah Melaka Tengah, Alor Gajah (29) dan Jasin (19).

“Ini menunjukkan bahawa RoS Melaka telah berjaya menerima dan meluluskan permohonan melebihi kuota asal yang ditetapkan dan tahniah diucapkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Kursus Asas Pengurusan
Pertubuhan, Perkongsian Pintar dan Penyampaian Cek GPPK di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ayer Keroh di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah RoS Melaka, Nurhafidah Ali berkata, sebanyak 601 persatuan penduduk telah menerima GPPK sepanjang enam tahun pemberiannya berjumlah RM5.6 juta.

“Pemberian geran khas untuk persatuan penduduk pertama kali diperkenalkan pada 2013 kemudian diikuti 2014, 2017, 2018, 2019 dan 2022,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya