MCM sedang berunding salur bantuan ke Gaza

MCM sedang berunding salur bantuan ke Gaza

Penduduk Palestin mencari ahli keluarga mereka dalam timbunan mayat di Hospital Gaza, semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Muslim Care Malaysia (MCM) sedang berunding dengan Kerajaan Mesir untuk menyalurkan bantuan kecemasan bernilai RM412,000 kepada penduduk Gaza di Palestin yang terjejas teruk akibat serangan rejim Zionis Israel.

Mereka telah di Kaherah, Mesir pada pukul enam petang waktu tempatan semalam, dan sedang mengatur strategi bagi menyalurkan bantuan ke Gaza secepat mungkin.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, jurucakap MCM berkata, bantuan kecemasan itu lebih khusus kepada perubatan untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa perang di Palestin.

“Sumbangan kali ini adalah fasa ketiga untuk mangsa di Palestin dan berfokus kepada pembelian ambulans dan perubatan,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini MCM pernah menghantar sumbangan kepada Gaza secara berperingkat dalam bantuan kali ini akan digerakkan secepat mungkin.

“Bantuan kecemasan ke Gaza pada fasa pertama kita beri sebanyak RM100,000 manakala fasa kedua RM275,000 yang diuruskan Pengerusi MCM, Ahmad Abu Ayesh di Gaza,” katanya.

Katanya bantuan fasa pertama dan kedua berfokus kepada makanan, minuman dan perlindungan seperti tilam dan makanan dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Iman Care, Perdana Global Peace Foundation (PGPF) dan Pertubuhan Khidmat Umah (PKU) yang dipimpin pendakwah terkenal, Wadi Anuar.

Mereka telah tiba di Kaherah Mesir pada pukul enam petang waktu tempatan semalam, dan sedang mengatur strategi bagi menyalurkan bantuan ke Gaza secepat mungkin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya