Mayat wanita ditemukan terapung dalam kolam - Utusan Malaysia

Mayat wanita ditemukan terapung dalam kolam

MAYAT seorang wanita ditemukan terapung di sebuah kolam berhampiran kawasan Pokok Machang, Tasek Gelugor, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SEBERANG PERAI: Mayat seorang wanita ditemukan terapung di sebuah kolam berhampiran kawasan Pokok Machang, Tasek Gelugor, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu pukul 6.50 petang.

“Saksi memaklumkan ternampak objek seperti bangkai dalam keadaan tertiarap.

“Bagaimanapun, apabila didekati baru dia menyedari ia adalah badan manusia.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat dan kes kematian ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Winston Raip di talian 04-5762222 (sambungan 2275) atau mana-mana balai polis terdekat untuk membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya