Mayat terapung ditemukan di bawah bot Maritim - Utusan Malaysia

Mayat terapung ditemukan di bawah bot Maritim

ANGGOTA polis mengangkat mayat ke dalam kenderaan polis selepas ditemukan terapung di bawah bot Maritim Malaysia di jeti di Kuala Kurau, Parit Buntar semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR: Satu mayat tanpa identiti ditemukan terapung di bawah sebuah bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Kuala Kurau di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Malaysia Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Najhan Azman Hamid berkata, mayat tesebut ditemukan oleh anggota Bot Perkasa 1239 ketika hendak menambat bot tersebut di Jeti Zon Maritim Kuala Kurau di sini petang semalam.

“Mayat ditemukan pada kira-kira pukul 4 petang dalam keadaan terapung separuh badan di bawah bot Perkasa 1238 yang bertambat di jeti.

“Maritim Malaysia menghubungi pihak polis berkaitan penemuan itu dan kemudiannya mengambil mayat  dari bawah bot, ” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd Najhan, mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya