Mayat lelaki reput dijumpai di kebun pisang - Utusan Malaysia

Mayat lelaki reput dijumpai di kebun pisang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Mayat seorang lelaki warga emas dijumpai dalam keadaan reput oleh orang awam di kawasan kebun pisang di Kampung Lawin di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, maklumat penemuan mayat lelaki berusia 75 tahun itu diterima pada pukul 10.45 pagi oleh seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai besan si mati.

Katanya, lelaki berusia 40 tahun itu memberitahu dia telah dihubungi menantunya yang memintanya mencari warga emas itu di rumah selepas gagal dihubungi sejak tiga hari lalu.

“Apabila pengadu pergi ke rumah mangsa, didapati lelaki itu tiada di rumah.

“Bagaimanapun, semasa dalam perjalanan pulang, dia ternampak kain tuala di kawasan kebun pisang dan menghampirinya sebelum terjumpa mangsa dalam keadaan tertiarap dan disyaki telah meninggal dunia,” katanya di sini.

Menurut beliau, siasatan di lokasi kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat ke atas mayat lelaki itu mendapati punca kematian tidak diketahui disebabkan keadaan mayat yang telah mereput.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN