Mayat graduan UPSI ditemukan di Sungai Perak - Utusan Malaysia

Mayat graduan UPSI ditemukan di Sungai Perak

MAYAT Muhamad Saiful Azhar ditemukan di Sungai Perak dekat Kampung Gelok, Lenggong selepas dilaporkan hilang sejak kelmarin. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LENGGONG: Seorang graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang akan menghadiri konvokesyennya pada bulan hadapan, ditemukan tidak bernyawa di Sungai Perak berhampiran Kampung Gelok di sini hari ini.

Mayat Muhamad Saiful Azhar Mohamad Azhari, 27, ditemukan orang awam tersangkut pada batang kayu di tepi sungai sekitar pukul 8.15 pagi.

Difahamkan, anak sulung daripada tiga beradik itu dilaporkan hilang selepas dia keluar dari rumahnya di Kampung Gelok pada pukul 11.40 pagi, kelmarin.

Pencarian oleh keluarga mangsa telah menemukan motosikal yang digunakan mangsa berhampiran jambatan Bukit Sapi di sini pada pukul 9 malam, hari yang sama.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong, Farizul Anuar Razali berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 8.35 pagi selepas dihubungi pihak polis.

Katanya, sepasukan lapan anggota diatur gerak ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Semasa pencarian baru bermula, kita dimaklumkan yang mangsa telah dijumpai orang awam kira-kira dua kilometer dari lokasi motosikalnya ditemukan.

“Anggota kemudiannya membantu menaikkan mangsa ke tebing sungai. Pemeriksaan oleh petugas perubatan mendapati mangsa telah pun meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 9.50 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya