Masjid, surau seluruh Pulau Pinang diseru terus laksana Qunut Nazilah untuk Palestin - Utusan Malaysia

Masjid, surau seluruh Pulau Pinang diseru terus laksana Qunut Nazilah untuk Palestin

POSTER berkenaan bantuan kemanusiaan Palestin yang dilancarkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Seluruh masjid dan surau di Pulau Pinang diseru untuk terus melaksanakan Qunut Nazilah pada solat Jumaat esok sebagai solidariti kepada rakyat Palestin.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, ia kemudian diikuti dengan solat sunat hajat selepas solat Jumaat secara serentak.

MOHAMAD ABDUL HAMID

Tambah beliau, kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan menerima sumbangan dana kemanusiaan umat Islam Gaza daripada kerajaan negeri, MAINPP, ahli korporat dan beberapa individu esok.

“Majlis ini akan diadakan pukul 12 tengah hari dengan sasaran kutipan berjumlah RM500,000.

”Majlis ini akan diadakan bertempat di Masjid Jamek Simpang Tiga, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara yang akan dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang bersama saya,” katanya.

Tambahnya, sumbangan itu telah bermula pada 13 Oktober lalu termasuk yang disalurkan orang ramai secara online dan ‘e-wallet’.

”Pada hari tersebut juga akan diadakan satu pameran khas sempena memperingati Gaza.

”Ia bertujuan memberi pendedahan umum kepada orang ramai dan dipamerkan oleh agensi OP Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) di perkarangan masjid berkenaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya