Masjid mesra alam sedia pusat dialisis - Utusan Malaysia

Masjid mesra alam sedia pusat dialisis

Masjid ini dilengkapi Pusat Dialisis Mustapha Kamal dengan 12 ruang dialisis, bilik perundingan, bilik rawatan dan bilik utiliti. -UTUSAN/FAIZ ALIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERTAMA kali menjejakkan kaki ke Masjid Cyberjaya 10 di Persiaran Rimba Permai, saya tertarik melihat binaannya tanpa kubah, suatu binaan yang lazimnya menjadi mercu dalam binaan sesebuah masjid.

Mengetengahkan pembinaan hijau dengan elemen tradisional seperti penggunaan kayu, batu-bata merah dan konkrit, masjid itu berkonsepkan mesra alam sekitar yang amat sinonim dengan identiti tokoh korporat ternama, Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar yang akrab dalam mengetengahkan binaan mesra alam.

Terletak dalam jarak tiga kilometer dari Hospital Cyberjaya, masjid yang dibina sejak 2015 ini ditanggung dana pembinaan sepenuhnya oleh Mustapha yang juga merupakan pengasas syarikat hartanah MK Land.

Antara ketara dalam binaannya ialah bahagian bumbung masjid berlapis dengan anjung lapang, sesuai dengan cuaca negara ini.

Pengurus merangkap Imam Satu, Ismail Zulki­fli berkata, reka bentuk masjid ini adalah hasil inspirasi beberapa masjid lain seperti Masjid Kampung Laut di Kelantan, Masjid Lebuh Acheh, Penang, Masjid Ihsaniah Iskandariah, Perak dan Masjid Negara.

“Masjid mesra alam tidak dilengkapi pendingin hawa sebaliknya ada kipas besar di bahagian tengah.

”Udara nyamannya disokong oleh sistem pengudaraan secara semula jadi yang banyak membantu menghidupkan suasana dan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

“Rumah Allah ini turut dilengkapi kolam air yang berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Pada masa sama ia berfungsi dalam membantu mengawal suhu di dalam masjid ini,” jelasnya.

Hiasan dalaman masjid ini berkonsepkan gaya industri dengan penggunaan batu-bata merah di ruangan tandas dan tempat wuduk, sekali gus menjadikan ruang tampak lebih kemas dan mempunyai keunikannya yang tersendiri.

22 TERBAIK

Menjadi satu-satunya wakil Malaysia, Masjid Cyberjaya 10 berjaya menempa nama dalam kalangan 22 masjid terbaik dunia menerusi Abdullatif Alfozan Award for Mosque Architecture berlangsung di Riyadh, Arab Saudi, Mac lalu.

Penilaian dibuat berdasarkan persekitaran sekeliling masjid, evolusi reka bentuk baharu, mesra penduduk dan selari budaya tempatan.

Masjid yang boleh menampung 2,000 jemaah pada satu-satu masa ini juga pasti menjadi tempat healing terbaik buat pengunjung kerana mempunyai kolam ikan di sepanjang laluan tandas wanita dan bersebelahan ruang solat utama.

PUSAT DIALISIS

Siap dalam tempoh tiga tahun dan beroperasi buat kali pertama pada 2018, masjid ini dibina oleh syarikat pemaju perumahan, Sterling Group Sdn. Bhd. (anak syarikat Emkay Group) dengan kos pembangunan RM12.5 juta.

Apa yang membezakan masjid ini dengan masjid-masjid lain adalah ia dibina bukan sahaja untuk jemaah beragama Islam, bahkan untuk seluruh komuniti yang berlainan bangsa dan agama hasil cetusan idea Mustapha.

Masjid ini dilengkapi Pusat Dialisis Mustapha Kamal dengan 12 ruang dialisis, bilik perundingan, bilik rawatan dan bilik utiliti.

Ia turut dikelilingi landskap hijau yang tenang dan terbuka kepada orang awam.

Pusat dialisis ini diuruskan sepenuhnya oleh Gedung Penawar yang merupakan syarikat pembekal dan perkhidmatan kesihatan mengenai dialisis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya