MAS kembali terbang ke Bandung, LGS tawar pakej golf menarik

MAS kembali terbang ke Bandung, LGS tawar pakej golf menarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas sekian lama terhenti, kini syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS) kembali menyambung penerbangan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kertajati, Bandung bermula 30 Oktober ini.

Penerbangan terus Kuala Lumpur-Bandung ini menambahkan lagi destinasi MAS ke Indonesia kepada tujuh bandar raya termasuk Jakarta, Denpasar, Medan, Yogyakarta, Pekanbaru dan Surabaya.

Ternyata rangkaian ini bukan sahaja bakal menarik para pelancong untuk terbang ke Bandung sama ada bagi tujuan percutian, perniagaan atau riadah, malah bakal merangsang sektor pelancongan serta mengukuhkan hubungan dua hala antara dua negara.

Bersempena pelancaran penerbangan terus KLIA-Kertajati 30 Oktober ini juga, agensi pelancongan terkenal, Leisure Golf Services (LGS) berkolaborasi dengan MAS bagi menjayakan kejohanan golf ‘Leisuremania Golf Competition’.

Kejohanan itu akan berlangsung di Kelab Golf Parahyangan, Bandung pada 2 November. Bagaimanapun, sebelum kejohanan itu bermula, pihak LGS terlebih dahulu menyediakan dua pusingan awal golf iaitu di Kelab Golf Jatinagor dan Kelab Golf Mountain View kepada pemain yang menyertainya.

Untuk itu, LGS dengan kerjasama MAS menyediakan pakej menarik selama lima hari bermula tanggal 30 Oktober hingga 3 November ini pada harga RM1,990 dan RM2,390 dengan penginapan di hotel Grand Dafam Braga, Bandung.

Menurut penganjur bersama kejohanan, Dzulkarnain Baharudin, pihaknya menyasarkan seramai 32 pemain sahaja bagi menyertai Leisuremania Golf Competition dan sasarannya sudah dicapai.

Bagaimanapun, katanya, pihak LGS terpaksa menambah lagi bilangan peserta berikutan permintaan daripada ramai pemain golf yang ingin menyertai kejohanan itu.

“Oleh itu, mereka yang ingin menyertai Leisuremania Golf Competition ini boleh segera mendaftarkan diri dengan LGS secepat mungkin sebelum 23 Oktober ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Selain MAS, penganjuran Leisuremania Golf Competition ini turut mendapat kerjasama daripada ADC Travel & Tour, Santai Golf dan Komuniti Golf Melayu Malaysia (KGMM).

Mereka yang ingin menyertainya kejohanan itu boleh menghubungi Dzulkarnain di talian 016-221 5426 dan Safian (012-500 2762).UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN