Martabat ratu cantik bersaiz besar - Utusan Malaysia

Martabat ratu cantik bersaiz besar

Wakil-wakil penaja dan penganjur Miss and Mrs. Plus World Malaysia 2023/2024 (MPWM) ketika majlis pelancaran di sini baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Miss and Mrs. Plus World Malaysia 2023/2024 (MPWM) menjadi antara pertandingan ratu cantik yang memartabatkan kejelitaan wanita merangkumi kebijaksanaan, keyakinan dan bersifat Malaysia.

Dalam satu kenyataan, acara yang anjuran Monkii Global Holdings dengan kerjasama I-Creative Event Sdn. Bhd. itu menawarkan peluang keemasan kepada wanita yang bersaiz besar untuk mempamerkan kecantikan dalaman dan luaran mereka.

“Acara ratu cantik ini bertujuan untuk memilih wanita yang berkualiti bukan sahaja sekadar dalam aspek kecantikan tetapi juga dari aspek kebijaksanaan, keyakinan diridan kemampuan untuk berkhidmat sebagai duta.

“Malah, acara ini juga akan menjadi saluran untuk menyampaikan mesej positif dan kisah-kisah misi kemanusiaan, kesihatan, pendidikan, keamanan dan penghormatan terhadap kepelbagaian kelompok masyarakat.

“Semua wanita pelbagai kaum sama ada bujang atau telah berkahwin dan merupakan warganegara Malaysia atau penduduk tetap di Malaysia sangat dialu-alukan untuk menyertai acara ini,” ujar kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu, pendaftaran MPWM yang mendapat tajaan Atelier Group dan Phytoscience sudah bermula September hingga Oktober lalu di empat buah negeri iaitu Pulau Pinang, Johor, Sabah, dan Sarawak.

“40 calon akan disenarai pendek di mana 20 untuk Miss Plus World Malaysia dan 20 lagi untuk Mrs. Plus World Malaysia.

“Calon yang disenarai pendek akan bersaing untuk pelbagai gelaran dan acara kemuncak akan berlangsung pada Januari 2024 nanti. Ini merupakan acara keempat MPWM di Malaysia.

Calon-calon boleh menyertai acara ini dibawah dua kategori iaitu Miss Malaysia Plus World untuk wanita berusia 18 hingga 34 tahun, atau Mrs. Malaysia Plus World untuk wanita berusia 18 hingga 45 tahun,” katanya.

Gelaran ratu cantik MPWM pernah dimenangi oleh Lam Man Tang dan Sherlyn Chan (2022–23), Elena Tong dan Anna Liza Del Castillo (2021–22), dan Melissa Mohan Tyndall dan Shakti Chhabra (2020–21).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya