Marhaban, berendoi, berselawat rai 10 bayi sempena

Marhaban, berendoi, berselawat rai 10 bayi sempena bulan kemerdekaan

SITI HAJAR ( tengah- lima dari kiri ) bergambar bersama bayi dan ibu serta Kumpulan Marhaban Semarak di Dewan Utama Jabatan Kesihatan Daerah Jerantut, baru-baru ini. – UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 10 bayi dirai dalam program Marhaban dan Berendoi Perdana anjuran Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu ( KUSSI) Daerah Jerantut bagi menyemarakkan kesedaran keistimewaan susu ibu kepada ibu-ibu muda di daerah ini baru-baru ini.

Program mengetengahkan budaya tradisi di Dewan Utama Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut disertai 10 bayi serta komuniti setempat yang teruja untuk menyaksikan sendiri budaya berendoi yang semakin hilang ditelan zaman.

Pengerusi program, Datuk Siti Hajar Mubim berkata, alunan marhaban berselawat dan zikir munajat dizahirkan daripada kumpulan Marhaban Semarak Kg Teh,Jerantut sekali gus menyemarakkan budaya berendoi ini kerana saban hari budaya berendoi ini semakin dilupakan generasi baharu.

“Lebih 80 peratus ibu-ibu muda di Jerantut disasar dapat menyusukan anak mereka secara eksklusif dari lahir sehingga berusia enam bulan dan meneruskan sehingga dua tahun,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN