Marahkan anak saudara, lelaki tusuk guna gunting dipenjara 20

Marahkan anak saudara, lelaki tusuk guna gunting dipenjara 20 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 20 tahun terhadap seorang penganggur kerana menyebabkan kematian anak saudaranya berusia tiga tahun yang mayatnya ditemukan dengan 56 luka tikaman gunting, lima tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara memutuskan demikian terhadap Goh Jie Keat, 27, selepas menolak rayuannya terhadap hukuman.

Beliau yang bersidang bersama-sama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M. Komathy Suppiah berpuas hati rayuan itu tiada merit manakala hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi tidak keterlaluan.

Panel itu berpendapat, hakim bicara telah mengguna pakai prinsip undang-undang yang betul ketika menjatuhkan hukuman terhadap lelaki itu.

“Mahkamah telah menimbang keadaan kes serta mengambil kira bahawa mangsa ketika itu masih kanak-kanak,” ujar Hakim Vazeer Alam.

Pada 2 Julai 2018, Jie Kiet pada asalnya didakwa membunuh Serena Yip Pei Yee, tiga tahun 11 bulan, di sebuah rumah di Jalan Kuang Gunung 4, Taman Kepong di antara jam 7 dan 8 malam, pada 18 Jun 2018.

Selepas pihak pendakwaan mengemukakan keterangan 11 saksi, lelaki itu memfailkan representasi dan diterima oleh pendakwaan.

Pertuduhan kemudian dipinda kepada Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dan lelaki itu mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 13 Julai 2021.

Keterangan kes menunjukkan, perayu bertindak menusuk tubuh anak saudaranya dengan gunting kerana marahkan mangsa yang mengganggunya dan mengajaknya bermain.

Ketika itu, perayu sedang memegang gunting untuk memotong peket plastik ketika kanak-kanak tersebut mengusik belakangnya sehingga menyebabkan lelaki berkenaan berang.

Hasil bedah siasat menunjukkan luka kesan tusukan berganda tertumpu di bahagian belakang dan sisi tubuh kanak-kanak itu manakala tiga tikaman menembusi tubuhnya dan menyebabkan kecederaan fatal pada jantung dan paru-parul kiri.

Terdahulu, peguam N. Subramaniyan yang mewakili Jie Kiet berhujah agar hukuman terhadap anak guamnya diringankan atas alasan pemuda itu telah insaf terhadap perbuatannya.

Hujah beliau, tindakan Jie Kiet bukan sesuatu yang dirancang dan mangsa merupakan anak saudaranya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal berhujah supaya hukuman itu dikekalkan atas alasan hakim Mahkamah Tinggi telah mengambil kira pelbagai faktor sebelum menjatuhkan hukuman.

Beliau memohon panel itu menimbang keterangan kes bahawa mangsa merupakan kanak-kanak yang tidak berdaya dan mengalami 56 luka kecederaan sebelum ditinggalkan sendirian.

Hujah Norzilati, kanak-kanak itu kemudian ditemukan oleh neneknya kira-kira sejam selepas kejadian dalam keadaan tertutup dengan sarung kusyen sofa.

ends.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya