Mapim tuntut kerajaan isytihar Israel negara 'apartheid'

Mapim tuntut kerajaan isytihar Israel negara ‘apartheid’

Sweden
MOHD. AZMI ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicadangkan membawa usul khas di Parlimen dengan kadar segera dengan mengisytiharkan Israel sebagai negera ‘apartheid’.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, Perdana Menteri perlu membawa usul tersebut bagi membincangkan mengenai perkembangan terkini keganasan Israel terhadap penduduk Palestin.

Pada masa sama, Mohd. Azmi turut menggariskan lapan tuntutan Mapim terhadap keputusan usul tersebut termasuk mengisytiharkan negara tersebut sebagai ‘apartheid’.

“Selain itu, tuntutan kami ialah Israel menghentikan semua penindasan ke atas Palestin, wilayah Tebing Barat dan Gaza mesti dibebaskan dan semua tahanan Palestin hendaklah dibebaskan tanpa syarat. 

“Kami juga menuntut, semua tentera penceroboh Israel dikeluarkan dari Baitulmuqaddis terutama Jeruselem Timur dan Masjid Al Aqsa. Pada masa sama, pintu Rafah antara Gaza dan Mesir dibuka untuk memberi peluang pergerakan penduduk Gaza dan kemasukan bantuan kemanusiaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut menuntut Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menguatkuasakan semua resolusi terhadap Israel mengenai jenayah perang dan pelanggaran terhadap undang-undang antarabangsa.

“Kami juga menggesa sidang tergempar PBB dan OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) diadakan dengan segera untuk menghentikan keganasan Israel terhadap Gaza dan Tebing Barat dan di Baitulmuqaddis,” katanya.

Awal pagi Sabtu lalu, Hamas menerusi Brigade Al-Qassam dan Al-Quds membuat serangan mengejut apabila melancarkan kira-kira 5,000 roket ke arah tanah haram Israel selain menyusup masuk ke beberapa daerah di negara itu yang menempatkan penempatan haram rakyat rejim tersebut.

Operasi yang dinamakan sebagai ‘Taufan Al-Aqsa’ itu dianggap kejayaan besar apabila mengejutkan tentera rejim Israel yang dikatakan memiliki teknologi ketenteraan antara terbaik di dunia.

Sebagai membalas serangan itu, Israel pula melancarkan Operasi Pedang Besi dengan serangan dari pelbagai arah yang kebanyakannya menyasarkan penempatan orang awam di Gaza.

Setakat ini, lebih 300 rakyat Palestin disahkan maut manakala ribuan lagi tercedera dalam serangan rejim Zionis tersebut.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya