Mangsa samun dijerut guna kain pelikat - polis

Mangsa samun dijerut guna kain pelikat – polis

LOKASI kejadian warga emas disyaki dibunuh dalam kejadian samun di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil di Baling.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Warga emas lelaki yang mati dalam kejadian samun dipercayai dilakukan dua individu semalam dijerut menggunakan kain pelikat miliknya dalam kejadian di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, di sini.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, siasatan mendapati leher serta kaki dan tangan mangsa dijerut menggunakan kain tersebut oleh suspek.

Katanya, mangsa yang berusia 71 tahun itu juga tidak mempunyai pertalian darah dengan kedua-dua suspek yang ditahan kira-kira pukul 3 pagi ini.

“Kedua-dua suspek kini direman selama enam hari mulai hari ini sehingga 7 Oktober ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, kedua-dua lelaki berusia 23 dan 25 tahun itu ditahan di sekitar Kuala Ketil setelah polis memperolehi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari rumah jiran mangsa yang memaparkan dua individu keluar daripada rumah mangsa sebelum menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna gelap.

Mangsa tinggal bersendirian di kediamannya setelah kematian isteri sejak lapan tahun lalu dan polis mendapati seutas rantai emas, sebentuk cincin yang dipakai mangsa dan dompet miliknya juga telah hilang dalam kejadian itu.

Mayat dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya