Manfaatkan Ekonomi Madani, kurangkan kesenjangan kekayaan - Anwar

Manfaatkan Ekonomi Madani, kurangkan kesenjangan kekayaan – Anwar

ANWAR Ibrahim beramah mesra dengan tetamu pada Majlis Penutup Khazanah Megatrends Forum 2023 di ibu negara, petang semalam. - FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu sektor korporat memanfaatkan penambahbaikan tatakelola yang diperkenal menerusi dasar Ekonomi Madani untuk mengurangkan kesenjangan kekayaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berkongsikan ucapannya di Forum Megatrends Khazanah 2023 di laman Facebook rasminya, Perdana Menteri berkata, beliau menekankan keperluan semua pihak khususnya pakar ekonomi dan syarikat besar untuk bersama-sama berganding bahu dalam membina Ekonomi Madani yang utuh dan saksama.

Katanya, dasar Ekonomi Madani adalah untuk memudahkan urusan perniagaan dan menokhtahkan kerenah birokrasi yang diamalkan sebelum ini.

“Dasar-dasar yang dibentuk berdasarkan kerangka Ekonomi Madani adalah untuk memudahkan urus niaga dan merobohkan dinding birokrasi. Saya berharap sektor korporat dapat memanfaatkan penambahbaikan tatakelola ini dengan merancakkan lagi ekonomi negara dan mensejahterakan kehidupan rakyat.

“Pemerkasaan rakyat dapat dijayakan dengan mengurangkan kesenjangan kekayaan serta meningkatkan peratusan pendapatan pekerja dalam ekonomi Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan mewakili Kerajaan Perpaduan menyeru supaya syarikat korporat menghulurkan tangan dalam menokhtahkan kemiskinan di negara.

“Saya berharap delegasi-delegasi di Khazanah Megatrends Forum 2023 dapat membuahkan ilham untuk merealisasikan Ekonomi Madani yang lebih saksama dan adil. 

“Pelantar-pelantar seperti ini memberi peluang kepada pakar-pakar untuk bertafakur dan berbincang bersama-sama mencari jalan untuk membangunkan Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya