Mana-mana warganegara boleh jadi calon Pas PRK Kemaman - Takiyuddin - Utusan Malaysia

Mana-mana warganegara boleh jadi calon Pas PRK Kemaman – Takiyuddin

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Mana-mana warga Malaysia yang berkelayakan boleh menjadi calon Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman yang bakal diadakan pada masa terdekat.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, beliau tidak tahu dari mana sumber yang mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kononnya bakal menjadi calon mewakili parti itu dalam PRK Kemaman.

“Tak tahu kena tanya press (media) yang buat cerita tu. Itu bukan dari kita, jadi siapa-siapa warganegara boleh jadi calon, siapa-siapalah,” katanya ketika ditemui selepas Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Simpang Pelangai, semalam.

Terdahulu, Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan Dr. Mahathir menjadi calon Pas dalam PRK Kemaman kerana parti masih belum memutuskan calon untuk bertanding pada PRK susulan keputusan parti itu tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan petisyen pilihan raya bagi Parlimen berkenaan.

Dalam pada itu Takiyuddin berkata, Pas masih belum memutuskan sama ada untuk meletakkan muka baharu atau mengekalkan penyandang di Parlimen Kemaman ekoran kekosongan kerusi tersebut.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat dalam waktu terdekat bagi menentukan soal calon bertanding dalam PRK itu.

“Pokoknya calon kita yang baru ini tidak dikenakan apa-apa sekatan untuk dipilih sebagai calon. Itu sahaja,” katanya.

Pada Selasa lalu, Takiyuddin menyatakan pihaknya tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan petisyen pilihan raya bagi Parlimen Kemaman.

Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu menerima petisyen yang difailkan seorang pengundi bagi membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kemaman dari Pas, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) setelah mengesahkan terdapat unsur rasuah bagi pilihan raya parlimen berkenaan, namun tidak menamakan mana-mana pihak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya