Malaysia-Thailand setuju tubuh pasukan petugas khas

Malaysia-Thailand setuju tubuh pasukan petugas khas, platform nilai perkembangan kerjasama pelbagai bidang

ANWAR Ibrahim bersama Srettha Thavisin dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini. - PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia dan Thailand bersetuju menubuhkan beberapa pasukan petugas bagi merancakkan kerjasama dua hala dalam sektor pelbagai sektor berkepentingan bersama terutama bidang pertanian, pelancongan dan keselamatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat bilateral bersama rakan sejawatnya, Srettha Thavisin hari ini.

Menurut beliau, kerjasama itu turut melibatkan bidang perdagangan, perniagaan termasuk industri halal sekali gus mampu meningkatkan jumlah pelaburan di kedua-dua negara sebagai rakan negara jiran.

Beliau berkata, selepas tempoh sebulan itu, kedua-dua pemimpin akan bertemu semula untuk menilai laporan daripada perkembangan yang dibincangkan menerusi pasukan petugas khas itu bagi memastikan pelaksanaannya berjalan dengan lancar dan efektif.

“Saya amat memahami fokus anda dalam isu-isu keselamatan dan pelaburan. Dan saya amat mengalu-alukan peluang dalam mencapai beberapa keputusan perniagaan di luar kebiasaan yang memberi kelebihan kepada kedua-dua buah negara.

“Melalui penubuhan pasukan petugas khas ini, kedua-dua negara yakin boleh meningkatkan jumlah pelaburan dan saling melengkapi satu sama lain dalam membantu negara jiran dan memperoleh manfaat daripada negara masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama sempena lawatan kerja Srettha ke Malaysia yang merupakan lawatan pertama beliau ke Malaysia selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 5 September lalu.

Anwar berkata, kedua-dua pemimpin akan turut mengadakan mesyuarat beberapa hala selepas ini dan yakin kerjasama ini bakal membuahkan hasil berdasarkan prestasi baik dan keseriusan Srettha dalam bidang korporat.

Mesyuarat tersebut turut dibincangkan hasrat syarikat Proton-Geely untuk mewujudkan kilang kenderaan elektrik (EV) di Thailand dan Srettha menyokong penuh hasrat syarikat automobil itu.

“Kami akan bertukar nota untuk memastikan hasrat kedua-dua negara akan dilaksanakan dengan berkesan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN