Malaysia-Singapura tingkatkan pengeluaran air Sungai Johor

Malaysia-Singapura tingkatkan pengeluaran air Sungai Johor

ANWAR Ibrahim dan Lee Hsien Loong ketika Sesi Permukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10 di Singpura, hari ini. - PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Singapura dan Malaysia menerusi kerajaan negeri Johor boleh menyegerakan kaji selidik bagi mengkaji keupayaan untuk memperluaskan Sungai Johor sekali gus meningkatkan pengeluaran air.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau melihat isu air yang tertangguh antara Malaysia dan Singapura sudah pun mencapai kata sepakat.

Menurutnya, Singapura bersetuju untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Johor dalam menyelenggara projek memperluaskan dan meningkatkan keupayaan pengeluaran air di Sungai Johor.

Katanya, Malaysia amat mengalu-alukan kesediaan Singapura untuk membantu dalam menyelenggarakan kerja-kerja melebar dan meningkatkan pengeluaran air dengan kerajaan negeri Johor.

“Isu air itu memerlukan kesediaan Johor untuk melebar dan memperbaiki keupayaan pengeluaran air yang akan memberi manfaat pertamanya kepada rakyat Johor, memenuhi keperluan (rakyat) Johor dan juga kepada Singapura yang memang kita terikat dengan perjanjian lama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama antara Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, hari ini.

Menurut Anwar, penyelenggaraan Sungai Johor itu juga memerlukan sedikit sokongan suntikan kewangan daripada Singapura namun projek tersebut perlu disegerakan.

Tegas beliau, penangguhan tersebut tidak akan memberikan keuntungan terhadap negara bahkan harga air tersebut akan terus kekal pada kadar lama.

“Mempercepatkan itu maknanya ada keupayaan meningkatkan sedikit kos harga air dan kesediaan Singpura bersama menyelenggarakan projek di Sungai Johor yang akan memerlukan juga sedikit suntikan kewangan daripada Singapura.

“Jadi bagi saya hal ini telah kita capai malah kita bersetuju. Singapura dan Johor boleh menyegerakan kaji selidik untuk melihat keupayaan membesarkan sungai dan pengeluaran air di negeri tersebut. Tetapi ini kita akan bincangkan dengan kerajaan negeri Johor,” katanya.

Pada masa ini, Singapura membeli air mentah dari Johor pada harga 3 sen setiap 1,000 gelen. Pada masa sama, negara tersebut juga menjual semula air terawat kepada Johor pada harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya