Malaysia sasar edar 500,000 naskah al-Quran ke luar negara hujung tahun

Malaysia sasar edar 500,000 naskah al-Quran ke luar negara hujung tahun

MOHD. Na'im Mokhtar menyerahkan sumbangan naskah al-Quran kepada Duta Besar Malaysia ke Ireland, Wan Aznainizam Yusri Wan Abdul Rashid di Kompleks Islam Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia menyasarkan sejumlah 500,000 naskah al-Quran serta terjemahan dapat diedarkan ke luar negara menjelang penghujung tahun ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mohktar berkata, sejak ia mula dilancarkan pada September lalu, sebanyak 34,500 naskah al-Quran serta terjemahan dalam pelbagai bahasa diedarkan ke Kemboja, Australia, Kanada dan Amerika Syarikat setakat ini.

“Saya harap lebih ramai Duta Malaysia daripada negara-negara lain untuk tampil ke hadapan dan membina lebih ramai rakan strategik menjayakan pengedaran ini,” katanya selepas majlis penyerahan sumbangan 300 naskah al-Quran terjemahan bahasa Inggeris dan 100 buku terbitan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) kepada Duta Besar Malaysia ke Ireland di sini, hari ini.

Simbolik penyerahan itu diberikan kepada Duta Besar Malaysia ke Ireland, Wan Aznainizam Yusri Wan Abdul Rashid.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Na’im turut meminta agar semua pegawai agama untuk meningkatkan penguasaan kemahiran dalam berbahasa Inggeris bagi memudahkan penyampaian dakwah kepada orang ramai.

“Usaha untuk berdakwah ini kita perlu sampaikan hingga ke luar negara, di sini saya sebut kepentingan pegawai bukan setakat Jakim tetapi agensi agama lain untuk mereka pertingkatkan kemahiran penguasaan dalam bahasa Inggeris.

“Sebab kalau dia nak sampaikan dakwah kepada orang Islam atau bukan Islam pun di dalam negara ini, bahasa Inggeris kadang-kadang bila mereka melihat kita tidak ada keupayaan, cara mereka nak terima dan dengar akan kurang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya