Malaysia gesa PBB bertindak hentikan keganasan Israel

Malaysia gesa PBB bertindak hentikan keganasan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan sidang khas untuk menuntut semua pihak menghentikan keganasan Israel terhadap Palestin.

Dalam kenyataan Kementerian Luar menegaskan, hak rakyat Palestin perlu dihormati dan melindungi nyawa orang awam yang tidak bersalah.

Jelasnya, Majlis Keselamatan PBB perlu memenuhi tanggungjawab menerusi piagam majlis itu untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

“Malaysia amat bimbang kehilangan begitu banyak nyawa akibat pertempuran di dalam dan sekitar Semenanjung Gaza. Kehilangan nyawa, penderitaan dan kemusnahan harus dihentikan.

“Punca utama mesti diakui. Rakyat Palestin telah tertakluk kepada pendudukan haram yang berpanjangan, sekatan dan penderitaan, penodaan Al-Aqsa, serta politik perampasan di tangan Israel sebagai penjajah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wisma Putra berkata, tindakan tidak konsisten ke atas rejim Israel telah menimbulkan persoalan kepada prinsip antarabangsa.

Ia secara tidak langsung mewujudkan keperluan supaya pendirian lebih konsisten disuarakan dalam menangani pentadbiran ala aparteid rejim itu.

Pada masa sama, layanan tidak adil dan hipokrit dalam menangani mana-mana rejim yang mengamalkan apartheid ternyata melanggar hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.

“Rakyat Palestin berhak hidup dalam keadaan aman di peringkat antarabangsa sempadan yang diiktiraf, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya