Malaysia berjaya berunding dengan China, Indonesia dan Thailand

Malaysia berjaya berunding dengan China, Indonesia dan Thailand guna mata wang tempatan

ANWAR IBRAHIM bertemu dengan mahasiswa dan rakyat Malaysia yang berada di Kaherah, Mesir.-FACEBOOK/ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia berjaya dalam rundingan bersama China, Indonesia dan Thailand untuk menggunakan mata wang tempatan dalam urusan perdagangan agar kedudukan dan kekuatan ringgit dapat kembali kuat dan mengukuh. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merupakan langkah permulaan tegas yang telah diambil Malaysia untuk bergerak ke arah dedolarisasi setelah menyaksikan kejatuhan mata wang ringgit akibat tindakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang secara agresif meningkatkan kadar faedah.

Katanya, tindakan AS itu turut memberi kesan mata wang Renmimbi China dan Yen Jepun. 

“Tentunya kesannya tidak akan segera terjelma. Namun, langkah permulaan yang tegas diambil yakni Malaysia mesti bergerak ke arah pendolarisasi dan Malaysia berjaya dalam rundingan bersama China, Indonesia dan Thailand untuk menggunakan mata wang tempatan dalam urusan perdagangan agar kedudukan dan kekuatan Ringgit dapat kembali kuat dan mengukuh,” katanya dalam Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai kedudukan semasa mata wang ringgit dalam satu program bersama mahasiswa dan rakyat Malaysia di Kaherah, Mesir semalam.

Terdahulu, Anwar tiba di Kaherah, Mesir bagi lawatan kerja selama satu hari ke negara tersebut.

Ketibaan Anwar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada pukul 8.16 malam waktu tempatan (1.16 pagi, 23 Oktober waktu Malaysia) disambut Menteri Pertanian dan Penebusgunaan Tanah Mesir, Mohamed El-Quseir.

Beliau dijadualkan mengadakan pertemuan bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi pada hari ini.

Abdel Fattah merupakan pemimpin negara yang ketiga ditemui Anwar selepas Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohammed Salman dan Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan dalam lawatan kerja beliau ke luar negara sejak Khamis lalu.

Dalam majlis sama, Anwar mengambil peluang dalam mencerakinkan usaha dan tumpuan kerajaan dalam memulihkan ekonomi Malaysia serta langkah-langkah yang diambil. 

“Saya tegaskan Malaysia mesti kebah dari penyakit rasuah dan kegagalan menegakkan tatakelola, dan tatanan ini mesti dilonjakkan ke tahap yang lebih baik,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya