Majoriti Ahli Parlimen enggan jalani pemeriksaan kesihatan

Majoriti Ahli Parlimen enggan jalani pemeriksaan kesihatan

parlimen
Majoriti Ahli Parlimen belum melakukan pemeriksaan kesihatan seperti mana yang diwajibkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat September lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hanya kira-kira satu perempat atau 54 orang daripada 222 Ahli Parlimen yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan setakat 2 Oktober lalu seperti mana yang disyorkan oleh  Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Tan Sri Johari Abdul berkata, jumlah itu adalah terlalu kecil berbanding keseluruhan Ahli Parlimen
Justeru, beliau mengingatkan semua Ahli Parlimen yang belum menjalani pemeriksaan kesihatan agar melaksanakannya dengan segera.
“Untuk makluman, tarikh akhir untuk pemeriksaan kesihatan ialah pada 31 Oktober ini. Yang Berhormat boleh menghubungi doktor kesihatan Parlimen Malaysia berkenaan maklumat terperinci mengenai pemeriksaan kesihatan ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian dalam pemasyuran Yang Dipertua Dewan Rakyat sebelum memulakan sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada persidangan Parlimen, di sini hari ini.
Johari berkata Ahli Parlimen juga boleh melakukan pemeriksaan di mana-mana fasiliti kesihatan namun rekod kesihatan itu mesti diserahkan kepada Pegawai Kesihatan Parlimen bagi tujuan dokumentasi.
“Saya telah maklumkan, Yang Berhormat boleh melakukan pemeriksaan (kesihatan) di sini (Parlimen) ataupun di mana-mana juga asalkan rekod itu dibawa ke sini… Sekiranya dah buat pemeriksaan di fasiliti kerajaan atau swasta, bawa rekod itu untuk disimpan di Parlimen supaya apa-apa terjadi saya dapat bertanggungjawab untuk selamatkan nyawa Yang Berhormat,” katanya.
Pada September lalu Johari telah mewajibkan semua Ahli Parlimen menjalani pemeriksaan kesihatan susulan saranan Kementerian Kesihatan (KKM) demi memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan baik. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya