Majlis Agama Islam Perlis mahu teroka wakaf bersyarat

Majlis Agama Islam Perlis mahu teroka wakaf bersyarat

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyerahkan cenderamata kepada Nizam Sani di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berhasrat menerokai pelaksanaan ‘waqaf syarti’ (Wakaf Bersyarat) bagi melaksanakan proses pembangunan wakaf secara bersasar.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, selepas berkenan berangkat menerima Zakat Perniagaan daripada Bank Kerjasama Rakyat  Malaysia Berhad Bagi Tahun 2022 kepada MAIPs berjumlah RM242,902 yang disempurnakan di Aras 2, Menara Kembar Bank Rakyat di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir mewakili pihak Bank Rakyat ialah Ketua Pemasaran dan Komunikasi, Nizam Sani; dan Ketua Pematuhan Syariahnya, Mohd. Zamerey Abdul Razak.

Tuanku Syed Faizuddin Putra diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor. 

Mohd. Nazim berkata, wakaf bersyarat yang mengambil kira elemen hasrat bersama antara penyumbang dan MAIPs selaku pemegang amanah tunggal harta wakaf di dalam negeri dilihat sebagai salah satu kaedah merancakkan lagi semangat berwakaf serta usaha menyuburkan pembangunan aset wakaf sedia ada.

“Hasrat bagi menerokai elemen akad kontrak antara pewakaf dan MAIPs, tempoh masa dan syarat-syarat kerjasama yang sesuai bagi pelaksanaan sesuatu projek wakaf ini disambut baik oleh pihak Bank Rakyat yang sememangnya sentiasa memberikan fokus dan komitmen yang tinggi bagi menyuburkan potensi pengembangan wakaf,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Zamerey memberitahu, pihaknya akan membantu MAIPs dalam bidang teknikal dan kepakaran perbankan bagi memastikan sesuatu produk wakaf yang dicadangkan dapat dilaksanakan dan direalisasikan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya