Majikan perlu tingkat tahap keselamatan tempat kerja - Utusan Malaysia

Majikan perlu tingkat tahap keselamatan tempat kerja

Keselamatan pekerja
FADHILLAH Yusof menandatangani plak sebagai gimik perasmian penutup mesyuarat Persidangan dan Mesyuarat Agung Asia Pacific Occupational Safety & Health Organisation (APOSHO) 2023, di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Syarikat swasta di negara ini digesa meningkatkan tahap keselamatan di tempat kerja bagi memastikan pekerja dapat bertugas dalam suasana yang selamat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadhillah Yusof berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) pada tahun lalu, sebanyak 6,719 kes kemalangan yang direkodkan berlaku di tempat kerja sepanjang tahun 2022.

“Kerajaan memandang serius berhubung jumlah kes ini, jadi saya harap syarikat terutama sekali dalam industri kecil sederhana (IKS) ambil maklum mengenai statistik ini.

“Majikan boleh menganjurkan latihan serta seminar keselamatan supaya pekerjanya sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan semasa bekerja,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Persidangan dan Mesyuarat Agung Asia Pacific Occupational Safety & Health Organisation (APOSHO) 2023, semalam.

Dalam pada itu, Fadhillah menzahirkan penghargaan kepada Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) kerana menganjurkan persidangan dan mesyuarat tersebut, yang turut dihadiri beberapa syarikat daripada Malaysia dan negara Asia Pasifik.

Menurutnya, persidangan seperti ini dapat membantu syarikat bertukar pandangan serta berkongsi maklumat bagaimana mereka memastikan tempat kerja sentiasa berada dalam keadaan selamat dan teratur.

“Saya harap syarikat dari Malaysia dan Asia Pasifik dapat membentuk satu standard keselamatan di tempat kerja supaya ia boleh diikuti negara daripada benua lain,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud. memberitahu, pindaan terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dua tahun lalu komitmen serius kerajaan yang prihatin terhadap keselamatan pekerja di tempat kerja mereka.

Menurutnya, mana-mana majikan yang gagal menyediakan persekitaran tempat kerja yang selamat akan dikenakan denda yang tinggi oleh kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya