Mahkamah tolak permohonan SPRM tahan empat individu berkait kes rasuah projek bekalan air lebih RM44 juta

Mahkamah tolak permohonan SPRM tahan empat individu berkait kes rasuah projek bekalan air lebih RM44 juta

gombak setia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendapatkan perintah tahanan reman terhadap empat individu untuk membantu siasatan kes rasuah projek bekalan air bernilai RM44.8 juta.

Majistret Zubaidah Sharkawi membenarkan keempat-empat suspek berusia antara 38 tahun hingga 59 tahun dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas tidak membenarkan permohonan reman tujuh hari dibuat pegawai penyiasat SPRM bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Semalam, SPRM dilapor menahan empat individu termasuk pengarah jabatan kerajaan kerana disyaki terlibat memberi dan menerima suapan bernilai jutaan ringgit termasuk dalam bentuk kenderaan serta kediaman bagi membantu mendapatkan projek bekalan air bernilai RM44.8 juta.

Keempat-empat suspek ditahan sekitar pukul 7.20 malam dan 7.40 malam di pejabat SPRM di sini.

Menurut sumber, suspek utama yang merupakan pengarah sebuah agensi kerajaan didakwa menerima rasuah daripada kontraktor berkenaan, berupa rumah dua tingkat bernilai RM790,000 dan wang tunai RM955,000 dari 2018 hingga 2022 sebagai pertukaran membantu syarikatnya mendapatkan projek bekalan air itu.

“Sementara itu, pengurus amanah pelaburan itu ditahan kerana didakwa menerima bayaran rasuah dan kediaman bagi pihak suspek utama,” tambah sumber itu.

Tiga suspek diwakili peguam Roger Chin dan Sunny Si manakala seorang suspek diwakili peguam Francis Wee.

Sehubungan itu, Chin ketika ditemui hari ini berkata, mereka berhujah di mahkamah memandangkan SPRM mahu mendapatkan semula dokumen seperti penyata bank dan dokumen kontrak yang mana semua ini boleh dilakukan tanpa perlu menahan reman suspek. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN