Maaf, saya tak tahu apa apa - Peguam Syamsul - Utusan Malaysia

Maaf, saya tak tahu apa apa – Peguam Syamsul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peguam yang pernah mewakili pengarah, Syamsul Yusof, Azmi Mohd. Rais tidak memberi sebarang komen berhubung desas desus perceraian anak guamnya dengan isteri, Ira Kazar.

Azmi berkata, dia tidak dimaklumkan apa-apa berhubung isu tersebut dan memilih untuk tidak memberi sebarang komen lebih lanjut.

“Jujur saya memang tidak tahu apa-apa. Dari tadi beberapa wartawan ada hubungi saya.

“Tapi saya memang tidak tahu. Jadi saya tidak boleh beri komen,” ujarnya yang pernah mewakili bagi kes perceraianya dengan bekas isteri, Puteri Sarah Liyana.

Spekulasi tersebut mula mendapat perhatian apabila dakwaan rumah tangga seorang pelakon wanita telah diceraikan suaminya yang juga pengarah popular menerusi aplikasi Whatsapp.

Desas desus tersebut bertebaran sehingga segelintir warganet mengaitkan nama Ira atau nama lengkapnya Faghirah Fatini Kazaruddin dan Syamsul sedang berdepan masalah.

Usaha Utusan Malaysi mendapatkan Syamsul tidak berjaya.

Untuk info, pasangan sensasi tersebut mencetuskan kontroversi apabila mengumumkan pernikahan secara mengejut pada 5 Januari tahun ini di Thailand.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya