PETALING JAYA: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) merancang untuk membeli Boustead Plantations Bhd. (BPlant) pada harga tawaran RM1.55 sesaham. Menurut kenyataan LTAT, ia berikutan Perjanjian Kerjasama Strategik (SCA) yang ditandatangani pada 24 Ogos 2023 telah ditamatkan secara bersama oleh Boustead Holdings Berhad (BHB) dan Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) berkuat kuasa kelmarin. “Berikutan penamatan ini, LTAT ingin mengumumkan untuk meneruskan tawaran am BPlant pada harga tawaran RM1.55 sesaham, tertakluk kepada kelulusan kawal selia,” katanya. Langkah LTAT itu dipercayai bagi memastikan pemilikan ekuiti bumiputera dapat ditingkatkan selaras dengan matlamat kerajaan untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya