LKAN: Prestasi kewangan Kerajaan Persekutuan meningkat

LKAN: Prestasi kewangan Kerajaan Persekutuan meningkat RM61.02 bilion

-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prestasi kewangan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2022 mengalami peningkatan sebanyak RM61.020 billion berbanding tahun 2021 berjumlah RM234.744 bilion.

Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022, hasil Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan yang melibatkan perbelanjaan mengurus, pembangunan dan perbelanjaan Covid-19 mengalami peningkatan sebanyak 26 peratus bagi tahun 2022.

“Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan terdiri daripada perbelanjaan mengurus berjumlah RM292.693 billion, perbelanjaan pembangunan berjumlah RM71.574 bilion dan perbelanjaan Covid-19 berjumlah RM30.979 billion,” katanya.

Menurut laporan, hasil terimaan ini digunakan untuk membiayai perbelanjaan mengurus, perbelanjaan pembangunan, perbelanjaan Covid-19, bayaran balik pinjaman dan perbelanjaan-perbelanjaan lain. 

Dalam pada itu, melalui LKAN, Kerajaan Persekutuan terus kekal dalam kedudukan defisit dengan perbelanjaan melebihi terimaan sebanyak 5.6 peratus berbanding Keluaran Dalam Negeri (KDNK).

“Kerajaan Persekutuan mengalami defisit sebanyak RM99.482 billion yang ditampung dengan pinjaman bersih daripada sumber dalam negeri sebanyak RM99.837 bilion,” katanya.

Berdasarkan  laporan, kedudukan defisit Kerajaan Persekutuan mengakibatkan peningkatan Hutang Persekutuan sebanyak RM99.777 billion atau 10.2 peratus kepada RM1.08 trillion tetapi  menurun disebabkan prestasi pertumbuhan KDNK yang lebih baik pada tahun 2021

“Disebabkan oleh prestasi pertumbuhan KDNK yang lebih baik berbanding tahun 2021, kedudukan nisbah Hutang Persekutuan berbanding KDNK adalah sebanyak 60.3 peratus iaitu menurun berbanding 63.3 peratus pada tahun 2021,” menurut laporan berkenaan.

Bagi Nisbah Statutori Hutang Persekutuan berbanding KDNK adalah sebanyak 57.6 peratus  melibatkan Bil Perbendaharaan Islamik, Terbitan Pelaburan Kerajaan dan Sekuriti Kerajaan Malaysia yang berjumlah RM1.032 trilion.

“Nisbah ini tidak melebihi nisbah had statutori hutang yang dibenarkan, iaitu 65 peratus kepada KDNK,” kata laporan itu.

Dalam laporan tersebut, Kerajaan Persekutuan turut mempunyai Liabiliti Kewangan yang berjumlah RM319.571 bilion yang terdiri daripada Liabiliti Inisiatif Pembiayaan Swasta sebanyak RM34.492 bilion, Komitmen Kewangan sebanyak RM284.924 billion dan Pelbagai Liabiliti sebanyak RM0.155 billion.

“Untuk hutang Persekutuan dan Liabiliti Kewangan pada akhir tahun 2022 adalah berjumlah RM1.399 trillion dengan peningkatan sebanyak RM94.116 billion atau 7.2 peratus berbanding tahun 2021 yang berjumlah RM1.305 trilion,” kata laporan itu.

Kedudukan Liabiliti Persekutuan berbanding KDNK adalah sebanyak 78.1 peratus.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya