Lima catat IPU tidak sihat termasuk dua kawasan di Melaka - Utusan Malaysia

Lima catat IPU tidak sihat termasuk dua kawasan di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sejumlah lima kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) yang tidak sihat setakat pukul 9 pagi tadi.

Bacaan tidak sihat itu dicatatkan di Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka di Melaka serta Batu Pahat dan Tangkak di Johor.

Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Bukit Rambai merekodkan bacaan IPU paling tinggi dengan 153, diikuti Bandaraya Melaka (146).

Batu Pahat dan Tangkak masing-masing mencatatkan bacaan IPU 134 dan 116, selain Port Dickson pada 109.

Sementara itu, kebanyakan kawasan lain di negara ini merekodkan bacaan IPU pada tahap baik dan sederhana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya