LHDN bakal melantik lembaga pengarah dari Sabah, Sarawak

LHDN bakal melantik lembaga pengarah dari Sabah, Sarawak

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan melantik dua lagi ahli lembaga pengarah  tambahannya iaitu wakil dari Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, selepas usul tersebut diluluskan, bakal ada jumlah baharu untuk ahli lembaga pengarah iaitu seramai 11 orang. 

Katanya, usul tersebut akan dilaksanakan menerusi Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2023 RUU LHDN (Pindaan 2023) yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat ketiga, Penggal kedua, Parlimen ke-15 hari ini.

Menurutnya, RUU yang dibentang sebelum ini terpaksa ditarik balik kerana bagi menghormati pandangan beberapa orang ahli Parlimen Sabah dan Sarawak agar pelantikan dan penamat lantikan itu perlu merujuk kepada kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.

“Pelantikan yang dibuat pada petang ini, kita akan berunding dengan Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak. 

“Kita akan tunggu dan lihat sama ada ia akan berlaku kepada agensi dan badan-badan agensi yang lain kerana ini adalah kali pertama sebuah agensi yang besar melakukan pindaan supaya ada wakil dari Sabah dan Sarawak,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Prinsip Tadbir Urus Korporat G20/Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) Peringkat Asia di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, di sini, hari ini. 

Mengulas lanjut, kata Ahmad, pelantikan daripada dua wakil dari Sabah dan Sarawak itu perlu memenuhi kriteria dan mempunyai ilmu pengetahuan dalam isu ekonomi, percukaian dan undang-undang.

“Yang paling penting sekarang ini adalah Majlis Tindakan  Pelaksanaan Perjanjian  Malaysia 1963 (MTP-MA63) dengan pindaan LHDN,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN