Lelaki Thailand di denda RM20,000 seludup petrol

Lelaki Thailand di denda RM20,000 seludup petrol

TERTUDUH (dua kanan) semasa menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen Pasir Mas, Kelantan hari ini-IHSAN KPDN KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang lelaki warga Thailand didenda RM20,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen disini hari ini atas pertuduhan menyeludup minyak petrol pada 20 Julai lalu.

Tertuduh yang berusia 32 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdyz

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memiliki barang kawalan yang juga merupakan barang berjadual iaitu petrol sebanyak 118 liter dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah.

Perbuatan itu melanggar Seksyen 21 Akta Bekalan 1961 yang turut dibaca bersama Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Kesalahan tersebut dilakukan olehnya semasa melalui Sekat Pintas di Serongga, Rantau Panjang pada pukul 1.20 petang, 20 Julai lalu selpas ditahan oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Muhammadi Iman Masjuri sementara tertuduh diwakili Ridzuan Muhamad.

Muhammadi Iman semasa penghujahan hukuman menyatakan, penyelewengan, penyeludupan dan ketirisan barang kawalan adalah isu serius yang menjadi perhatian kerajaan Malaysia.

“Minyak petrol merupakan minyak yang disubsidi oleh Kerajaan Malaysia untuk dinikmati khas buat rakyat Malaysia. Kerajaan berbelanja bilion ringgit untuk memberi subsidi bagi kegunaan rakyat Malaysia,” katanya.

Mahkamah kemudian menerima hujah pendakwaan untuk memohon supaya kenderaan tertuduh dilucutkan kerana telah digunakan untuk aktiviti penyeludupan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN