Lelaki paling gemar rawatan buang bulu di spa - Utusan Malaysia

Lelaki paling gemar rawatan buang bulu di spa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKAN sesuatu yang asing untuk wanita memanjakan kulit dengan melakukan aneka rawatan wajah dan tubuh di spa atau pusat kecantikan.

Namun, apabila lelaki berkunjung ke pusat rawatan melakukan rawatan kecantikan, ada pula yang yang sinis mengenainya?

Berikut disenaraikan lima prosedur di spa paling digemari golongan lelaki:

Manscaping (buang bulu)

Rawatan laser buang bulu adalah rawatan mematikan bulu roma di bahagian wajah, kaki, lengan, janggut, ketiak dan dada menggunakan kaedah pancaran cahaya sehinga ke akar umbi.

Kelebihan prosedur ini dapat mematikan akar-akar rambut yang kasar tanpa merosakkan kulit di sekelilingnya, mengaktifkan penghasilan kolagen di bawah kulit, melicinkan permukaan kulit serta mencerahkan celah-celah yang gelap.

Urutan

Bertujuan mengurangkan ketegangan otot. Teknik geseran dibuat di antara kulit dan jari semasa urutan bagi meningkatkan pengaliran darah.

Peningkatan aliran darah mengakibatkan suhu otot meningkat. Keanjalan tisu meningkat apabila suhu meningkat, menjadikan relaksasi otot.

Jerawat dan jeragat

Antara prosedur paling popular ialah clarity treatment iaitu menghilangkan jerawat atau membuang bintik hitam dan putih melalui kaedah picitan.

Sebelum rawatan ini dilakukan, muka akan distim terlebih dahulu selama 10 ke 15 minit untuk membuka pori-pori yang tertutup dan tersumbat.

Kaedah ini adalah sangat penting bagi memudahkan proses picitan jerawat serta membantu untuk mengeluarkan jerawat yang sudah kering.

Keguguran rambut

Di Celllora MediSpa, penggunaan teknologi canggih TMA (Thermo-Mechanical Action) memanfaatkan suhu tinggi bersama daya mekanikal yang kuat.

Ia sekali gus membantu pertumbuhan folikel rambut dengan rancak, selain meningkatkan penghasilan kolagen untuk kulit kepala yang sihat.

Masalah kesihatan dalaman

 Di Celllora MediSpa, prosedur yang dijalankan adalah melalui sains regeneratif yang terbukti secara saintifik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya