Lelaki didakwa hilang sebenarnya ‘lari’ dari pemungut hutang

Lelaki didakwa hilang sebenarnya ‘lari’ dari pemungut hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lelaki yang didakwa hilang empat hari ketika membuat urusan penjualan telefon bimbit sebelum ditemukan selamat, dipercayai menyembunyikan diri daripada pemungut hutang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah merakam keterangan lelaki berusia 27 tahun itu semalam.

Katanya, lelaki itu hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi memberikan keterangan.

“Pemeriksaan mendapati mangsa dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kejadian berlaku ke atas dirinya.

“Sebenarnya dia melarikan diri atau menyembunyikan diri daripada pemungut hutang,” katanya ketika dihubungi di hari ini.

Semalam, media melaporkan polis meminta lelaki yang didakwa hilang sejak 3 Oktober lalu ketika membuat urusan penjualan telefon bimbit sebelum ditemukan selamat, supaya tampil bagi membantu siasatan. 

Hussein dilaporkan berkata, polis gagal menghubungi atau mengesan keberadaan mangsa dan tunangnya.

Beliau dilaporkan berkata, polis cuma dimaklumkan berkaitan kes orang hilang yang dilaporkan di Balai Polis Pantai, IPD Brickfields dan mangsa sudah kembali kepada keluarganya.

Katanya, polis sedang berusaha berhubung dengan mangsa untuk mengetahui kejadian sebenar yang berlaku.

Terdahulu, lelaki tersebut dikatakan hilang selepas kali terakhir dikesan berada di George Town, Pulau Pinang.

Dia didakwa hilang ketika sedang dalam urusan jual beli telefon bimbit sempat  membuat panggilan video dengan tunangnya untuk meminta tolong.

Bagaimanapun, lelaki itu dikatakan diselamatkan pemandu lori sebelum kembali kepada keluarganya, kelmarin.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya