Lelaki bunuh diri, kepala hancur digilis kereta api

Lelaki bunuh diri, kepala hancur digilis kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang lelaki ditemukan maut dalam keadaan menyayat hati dengan keadaan otak dan tengkorak hancur digilis keretapi api selepas dipercayai membunuh diri di landasan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), di sini.

Dalam kejadian pukul 8.40 pagi semalam berdekatan Stesen ERL Kota Warisan itu, mangsa terlebih dahulu dikatakan menceroboh landasan ERL sebelum digilis.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa yang maut berusia 35 tahun dan berasal dari Labu, Negeri Sembilan.

Beliau berkata, saksi kejadian yang juga penyelia landasan memaklumkan sempat melihat mangsa berada di landasan ERL itu, malah cuba menegur namun tidak dihiraukan.

“Ketika kejadian, saksi memaklumkan sedang memantau anak buahnya membuat kerja sebelum melihat mangsa berada di atas landasan kereta api itu.

“Saksi sempat menegur mangsa dan minta beredar daripada landasan itu sebelum sebuah kereta api dari arah Stesen ERL menuju ke KLIA, tiba di tempat kejadian dan menggilis mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pemeriksaan di lokasi kejadian turut menemukan serpihan disyaki otak dan tengkorak sejauh 50 kaki, malah mangsa juga patah kaki kiri.

Wan Kamarul Azran berkata, siasatan mendapati, tiada sistem kamera litar tertutup (CCTV) berdekatan lokasi kejadian dan turut ditemukan bersama mangsa termasuk beberapa barangan peribadi iaitu dompet, telefon bimbit dan kunci kereta.

“Sebuah kereta jenis Perodua Bezza dipercayai milik mangsa turut ditemukan berdekatan lokasi kejadian,” katanya.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan proses bedah siasat mayat dilakukan di Hospital Serdang hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya