Lebih rela spekulasi hamil daripada kena bodyshaming - Zulin Aziz - Utusan Malaysia

Lebih rela spekulasi hamil daripada kena bodyshaming – Zulin Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Baby bump? Itu buncit sebenarnya. Tetapi tak kisah pun, lebih baik orang cakap mengandung daripada kena bodyshaming.”

Demikian jawapan pelakon, Zulin Aziz berhubung penularan gambar yang dimuat naik di media sosial selepas segelintir warganet membuat spekulasi dia kini sedang hamil anak pertama.

Zulin, 33, berkata, dia tidak tertekan atau bersedih jika spekulasi kehamilannya tersebar walaupun tidak benar malah menganggap itu satu doa daripada peminat-peminatnya.

“Saya ini kalau fasa makan, akan makan dengan banyak. Bila tiba fasa diet, akan diet seketat-ketatnya. Tetapi kalau nak diet sahaja, bosanlah hidup saya. Perut dah buncit, berkembang dengan jayanya.

“Kalau ada rezeki nanti, tiba masa saya akan kongsikan. Tetapi saya aminkan semua doa-doa kalian. Cuma seronok juga kan, kegemukan saya ditutupi dengan spekulasi hamil. Takdelah nampak gemuk.

“Yelah, sensitif tau kalau da yang cakap kita gemuk, bodyshaming kita,”ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Zulin berkata demikian ketika ditemui usai majlis tayangan gala dua episod akhir drama Viu From Saga With Love di sini.

Dalam pada itu, ditanya tentang status rumah tangga yang sebelum ini pernah dikatakan berantakan, pemilik nama Farah Azleenda Abdul Aziz itu berkata, dia ketika ini melalui fasa mempelajari selok belok rumah tangga bersama suami..

“Alhamdulillah, tengok sekarang dua-dua berkembang dengan jayanya. Doa yang baik-baik. Kami baru setahun jagung dalam dunia rumah tangga. Melalui fasa yang sama seperti suami isteri yang lain.

“Terima kasih atas keprihatinan dan doa-doa kalian,”kongsinya.

Untuk info, Zulin mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan, Farhan Norzaini pada 20 Februari 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya