Lebih 500 pemain buru trofi Kronos Tranung Junior Cup

Lebih 500 pemain buru trofi Kronos Tranung Junior Cup

KEMERIAHAN Kronos Tranung Junior Cup 2023 kian dirasakan dengan lebih 500 pemain mewakili 32 pasukan berentap memburu kejuaraan edisi kedua kejohanan itu di Padang KTC Arena, Batu Buruk, Terengganu pada 28 Oktober ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bahang kemeriahan Kejohanan Kronos Tranung Junior Cup semakin dirasakan apabila lebih 500 pemain di peringkat akar umbi yang mewakili 32 pasukan mengesahkan penyertaan untuk berentap memburu kejuaraan edisi kedua pertandingan itu.

Kejohanan di Padang KTC Arena, Batu Buruk, Terengganu pada 28 Oktober ini menampilkan pemain-pemain berusia bawah 12 tahun dari akademi-akademi bola sepak seluruh negara termasuk Johor, Selangor, Pahang, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Mohd. Yusran Mat Sharif

Penaung Kronos Tranung Soccer Akademi (KTSA), Mohd. Yusran Mat Sharif berkata, menjelang dua minggu sebelum kejohanan itu berlangsung, persiapan berjalan lancar dengan turut mendapat bantuan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu serta 16 pihak sebagai penaja bersama.

“Pengundian bagi menentukan kedudukan pasukan dalam kumpulan dilakukan secara dalam talian pada 23 Oktober ini melalui laman Facebook Kronos Tranung Soccer Academy serta NS 7 Global Venture selaku urus setia teknikal kejohanan,” katanya hari ini.

Menurut Mohd. Yusran berkata, orang ramai dijemput beramai-ramai hadir menyaksikan aksi sengit semua pasukan bertanding selain memeriahkan kejohanan sekali gus sebagai tanda sokongan terhadap program pembangunan akar umbi bola sepak.

Katanya, gerai jualan penaja seperti pakaian sukan jenama Kronos, syarikat telekomunikasi RedOne, Kopi Super Jantan, Agro Bank dan Paijang Sport turut disediakan di lokasi kejohanan.

“Sebanyak 10 tapak vendor makanan dari orang luar juga disediakan untuk penonton yang hadir,” katanya.

Selain  untuk pembangunan bakat-bakat muda dan mendedahkan suasana pertandingan yang sihat, objektif kejohanan tahunan itu adalah untuk mempromosi serta menarik orang luar berkunjung ke Terengganu. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya